E-dagang gergasi dari Mainland China WSMall telah memutuskan untuk meningkatkan hubungan pasaran global dengan memperkenalkan model perniagaannya melalui Sidang Kemuncak Keusahawanan WSMall yang pertama.

Dengan kehadiran 1,000 orang peserta di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, persidangan ini menawarkan tinjauan menyeluruh dan pandangan penting terhadap bagaimana e-dagang dapat membantu mencipta usahawan muda dan ketua jenama yang mantap untuk mengekalkan dan melonjak lebih tinggi dalam pasaran global yang sentiasa berubah dan saling berkait. Siding kemuncak itu sarat dengan penyelesaian e-dagang yang berkesan dan idea-idea baru yang dibangunkan untuk membantu para usahawan dan pemimpin industri untuk menyahut cabaran dalam pasaran.

Peserta juga dapat menikmati peluang untuk belajar tentang sistem pengurusan bebas yang memudahkan modus operandi yang digunakan oleh pemilik perniagaan, membolehkan mereka menggunakan media sosial dengan lebih mudah.

Baru-baru ini, gergasi e-dagang ini telah bergabung bersama Kementerian Pengajian Tinggi untuk melancarkan Program Unipreneur yang menyaksikan ia selabur sejumlah wang besar bernilai USD1,000 juta untuk membantu mahasiswa dan belia Malaysia memulakan perjalanan keusahawanan mereka. Selain itu, WSMall juga kini dalam perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk mewujudkan platform ideal di bawah Program eHAWA yang menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh ibu tunggal untuk kehidupan yang lebih baik.
Ditubuhkan pada tahun 2009, WSMall kini diiktiraf secara meluas sebagai satu sistem e-dagang bersepadu utama untuk generasi akan datang dengan menggabungkan elemen menarik e-dagang, perniagaan-ke-perniagaan (B2B), perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan media sosial kepada satu portal web. Platform unik ini menyediakan lebih daripada 100,000 pedagang dan vendor yang berada di dalam senarai panjang perkhidmatan termasuklah penjenamaan, pemasaran digital dan pelanggan. Tidak seperti saluran e-dagang generik perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang lain, WSMall menggalakkan keusahawanan dalam kalangan orang yang mempunyai model perniagaan sendiri iaitu B2B2C. WSMall telah mempelopori inovasi dan memperjuangkan kaedah e-dagang yang mengubah industri dengan meningkatkan produktiviti, pengalaman pelanggan dan kelestarian alam sekitar.