Brand 21 Organisation akan menganjurkan program keusahawanan 100 Series Live Pitching pada 7 September depan khusus untuk kumpulan usahawan muda yang berminat meneroka peluang perniagaan tempatan.

Bertempat di The Quill City Mall Kuala Lumpur, program berbentuk kempen usahawan ini dibuka penyertaannya secara percuma kepada golongan belia yang berupaya mengetengahkan idea, konsep, produk dan sasaran pasaran masing-masing secara lengkap dan terperinci.

Setiap penyertaan kemudiannya akan dinilai oleh kumpulan panel juri yang terdiri daripada pengasas ‘start-up’ dan pakar industri perniagaanseperti Sam Shafie, Elain Lockman, YC Wang dan Jagdish Pandya.

Beberapa institusi pendidikan seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tunku Abdul Rahan (UTAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), KDU Penang, Berjaya University College dan Universiti Hanchiang dimaklumkan ketika ini antara yang telah menghantar penyertaan.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, sila layari laman web brand21.asia/100-series-live-pitching