100 usahawan jutawan dijadualkan kongsi panduan bisnes ketika pandemik di Titan Summit 2021

Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai tujuh angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, perhimpunan secara virtual tersebut dibawa bagi menunjukkan kepada orang ramai terutama usahawan bahawa mereka sebenarnya juga boleh berjaya.

Katanya, kejayaan diperolehi mereka tidak datang begitu saja sebaliknya perlu melalui proses yang ada.

“100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

“Kami tampilkan mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti.

Tambah Radz, himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh layari laman web richworks.com/titansummit.

-NIAGATIMES

TS2021.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.