10,710 permohonan lanjutan moratorium, bantuan bank bersasar MEDAC diluluskan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah meluluskan sebanyak 10,710 permohonan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar melalui agensi-agensinya bagi mengurangkan beban kewangan serta cabaran aliran tunai yang dihadapi mereka yang terlibat dalam perniagaan susulan berakhirnya tempoh moratorium pada September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jumlah tersebut adalah 90.15 peratus daripada keseluruhan 18,670 permohonan sehingga 8 Oktober 2020 yang melibatkan nilai RM6.04 bilion.

โ€œBank Rakyat merekodkan permohonan tertinggi iaitu 5,610 dengan jumlah kelulusan RM1.165 bilion. Walau bagaimanapun, SME Bank telah merekodkan jumlah kelulusan tertinggi iaitu RM4.844 bilion dengan 3,087 permohonan.

โ€œTEKUN Nasional meraih 1,999 permohonan dengan jumlah kelulusan RM27.39 juta. Manakala Perbadanan Nasional Berhad pula sebanyak 14 permohonan yang jumlah kelulusannya ialah RM3.95 juta,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi turut mengulas lanjut mengenai 5,422 permohonan dengan nilai RM622.34 juta atau 9.28 peratus yang ditolak atas beberapa justikasi penolakan seperti pendapatan pemohon tidak terjejas, pemohon gagal menyediakan bukti pendapatan terjejas, pembiayaan dalam penjadualan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan pembiayaan tertunggak melebihi 90 hari dan tiada sumber bayaran balik.

โ€œDaripada jumlah tersebut, hanya 1.7 peratus permohonan yang ditolak adalah daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan baki permohonan sebanyak 98.3 peratus adalah pemohonan individu.

โ€œManakala baki permohonan sebanyak 2,538 dengan nilai berjumlah RM41.4 juta atau 0.57 peratus pula masih dalam proses semakan dan pertimbangan agensi,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.