Pada 12.12 Jualan Hari Jadi ini, Shopee meraikan kejayaan perniagaan tempatan yang telah beralih ke atas talian dan mendigitasi bahagian kewangan mereka dengan dompet mudah alih ShopeePay.
Shopee berkata, kini lebih ramai peniaga menawarkan tawaran dan promosi terbaik kepada pengguna ShopeePay melalui pengalaman pembayaran yang bersepadu sempena perayaan membeli-belah ini.
“Pada masa ini di mana para pembeli lebih mengutamakan aspek digital, lebih banyak perniagaan telah menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin berubah. Ini termasuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lancar di titik sentuh luar talian serta atas talian.
“Sejak awal tahun ini, bilangan peniaga luar talian yang telah mula menggunakan ShopeePay telah meningkat hampir dua kali ganda apabila lebih banyak perniagaan menggunakan ShopeePay bagi mengurus kewangan mereka dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, pihaknya komited membuka peluang kepada lebih ramai peniaga mengembangkan perniagaan mereka bersama ShopeePay dan membekalkan pelanggan mereka dengan pengalaman pembayaran yang lancar.
“Memandang ke hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi akses kepada pembayaran digital, serta menambahbaik kehidupan individu dan perniagaan menerusi teknologi.
“Kami teruja untuk meraikan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi bersama rakan peniaga serta pembeli, dan kami berharap tahun 2022 menjadi satu lagi tahun yang bermakna,” ujarnya.
Pada 12 Disember dan hanya pada pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang, pelbagai Baucar ShopeePay 1 sen yang menawarkan pulangan tunai hingga 100 peratus (terhad pada RM1.20) akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
Baucar-baucar ini dijangka memacu kira-kira 1 juta pengunjung dari atas talian ke peniaga luar talian di Shopee.
-NIAGATIMES