Agrobank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah meluluskan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Agromakanan (AF) berjumlah RM567 juta kepada lebih 1,411 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, sebanyak 1,005 permohonan SRF dengan jumlah RM409 juta dan 406 permohonan AF berjumlah RM158 juta telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada PKS menerusi Agrobank bagi membantu membangunkan semula perniagaan masing-masing sehingga 31 Ogos lalu.
โAgrobank sentiasa komited dalam membantu usahawan PKS. Ianya telah menjadi nadi dalam setiap usaha kami untuk meningkatkan prestasi sektor pertanian dan industri makanan mikro sekaligus membantu membangunkan usahawan PKS.
โJusteru, suntikan dana ini diharap dapat membantu usahawan PKS dan memberi ruang kepada mereka untuk merancang semula pelan strategik perniagaan mereka terutamanya dalam mengharungi tempoh sukar ini.
โBagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan, pengekalan pekerjaan serta menyokong pertumbuhan ekonomi semasa saat getir ini, Agrobank terus berusaha memastikan usahawan kami mendapat bantuan yang diperlukan,โ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
SRF dan AF adalah sebahagian daripada dana BNM berjumlah RM10 bilion dan RM1 bilion bagi membantu PKS mengurangkan aliran tunai jangka pendek perniagaan berikutan impak yang dihadapi semasa PKP akibat daripada penularan wabak Covid-19.
-NIAGATIMES