15% pembeli tegar dalam talian meyumbang kepada 45% pembelian e-dagang di Asia Tenggara

Ninja Van Malaysia, syarikat logistik berdaya teknologi, telah bekerjasama dengan Geopost bagi menerbitkan kertas putih terbaru mereka yang bertajuk ‘What’s next for the future of E-commerce in Southeast Asia?’.

Kajian mengenai masa depan e-dagang di Asia Tenggara ini telah dijalankan di enam negara – Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, dan Vietnam – dengan mengumpulkan lebih 9,000 responden untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan pembeli tegar dalam talian ini, yang digelar ‘e- shopaholics’ oleh Ninja Van Malaysia.

E-shopaholics mewakili 15% daripada populasi pembeli dalam talian di Asia Tenggara, dan mereka bertanggungjawab kepada 45% jumlah pembelian e-dagang.

Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pembeli tegar dalam talian ini terdiri daripada pengguna terawal platform beli-belah dalam talian. Oleh itu, mereka pakar dalam selok-belok ekosistem e-dagang dan mahir menggunakan pelbagai saluran untuk membeli belah.

Bagi e-shopaholics ini, membeli-belah dalam talian bukanlah perkara asing bagi mereka kerana mereka sering berbelanja dan membeli pelbagai kategori produk dan berbelanja dua kali ganda lebih banyak berbanding pembeli dalam talian biasa.

“E-shopaholics, iaitu mereka yang mahir dalam membeli-belah dalam talian, memiliki standard pembelian yang lebih tinggi daripada pembeli dalam talian biasa. Mereka lebih teliti dalam setiap peringkat proses membeli-belah, dari pemilihan barang hingga penerimaan bungkusan, dan setiap peringkat adalah penting bagi memastikan kesetiaan e-shopaholics.

“Kertas putih kami mengenai e-shopaholics bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai kumpulan pembeli dalam talian yang tegar ini. Kami berharap kertas putih ini dapat membantu peniaga e-dagang di Asia Tenggara untuk bersedia menghadapi fasa e-dagang yang seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Adzim Halim.

Daripada 1,504 pembeli yang menyertai kajian ini di Malaysia, hanya 29% pembeli dikenalpasti sebagai e-shopaholics. Walau bagaimanapun, kumpulan pembeli yang kecil ini menyumbang kira-kira 50% kepada jumlah e-dagang di negara ini dan secara purata berbelanja dalam 11 kategori berbeza (iaitu terdiri daripada produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, elektronik, fesyen dan lain-lain).

Kertas putih ini turut menerokai ragam membeli-belah e-shopaholics dan mengesyorkan beberapa langkah penyelesaian bagi membantu peniaga e-dagang menarik perhatian e-shopaholics di semua peringkat utama perjalanan membeli-belah mereka.

Penghasilan kertas putih terkini oleh Ninja Van Group yang memberi fokus kepada e-shopaholics ini membuktikan komitmen mereka untuk memahami landskap e-dagang yang sentiasa berubah bagi menyediakan penyelesaian penghantaran yang serba mudah dan pantas kepada para peniaga e-dagang demi meningkatkan lagi perniagaan mereka.

Dengan kedudukan Ninja Van Group yang mantap dalam sektor logistik e-dagang di Asia Tenggara, kumpulan ini akan terus berusaha untuk menyumbang kepada ekosistem e-dagang dengan menyediakan perkhidmatan logistik yang berkualiti, sekaligus menyediakan perkhidmatan yang serba mudah dan pantas untuk pengirim dan pembeli.
ses kertas putih tersebut boleh didapatkan di pautan berikut:

https://www.ninjavan.co/files/en-my/ecommerce-future-SEA-2023.pdf?utm_source=whitepaper&utm_medium=email+and+website&utm_campaign=[MY]+e-shopaholics+whitepaper

-NIAGATIMES

kredit-foto-NinjaVan-Malaysia.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.