2017 sememangnya menjadi tahun yang mencabar buat ekonomi negara rentetan kenaikan harga minyak serta penyusutan nilai matawang negara. Walaupun hakikatnya cabaran ini memberikan impak yang sangat besar terhadap eksport negara namun hal ini tidak menjadi penghalang kepada pihak berkepentingan untuk membantu masyarakat terutamanya para usahawan dalam menaik taraf kehidupan mereka melalui bidang perniagaan.

Sehingga ke hari ini, terdapat banyak pihak yang ringan tulang untuk memberi bantuan kepada para usahawan dalam perniagaan mereka. Baru-baru ini PUNB, RHB Islamik, TEKUN serta MITI telah meluluskan sejumlah besar dana khas buat pembiayaan perniagaan para usahawan. SSM pula telah membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar IPT untuk membuat pendaftaran secara percuma, manakala Yayasan Steinbeis Malaysia bantu para usahawan untuk mendapatkan sijil industri syarikat masing-masing.  

Sebagai kesimpulannya, tahun 2017 merupakan tahun yang penuh dengan peluang buat para usahawan.