Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan 3.15 Hari Pelanggan, jualan mega pertama tahun ini. 3.15 Hari Pelanggan kini berlangsung hingga 15 Mac dan akan membawa keseronokan perayaan akhir tahun Shopee kepada semua pengguna.
Shopee berkata, jualan ini memberikan para pengguna lebih banyak sebab untuk meraikan dan memberi ganjaran kepada diri mereka sambil bersedia untuk menempuh tahun yang menjelang.
โSemua orang boleh menjadi sebahagian daripada 3.15 Hari Pelanggan yang menampilkan pelbagai jenis produk, yang ditambah baik dengan tawaran diskaun 95 peratus, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar dan Menang Nissan Almera,โ katanya dalam satu kenyaaan.
Sementara itu, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pihaknya terlebih dahulu telah meneliti trend barangan yang dibeli oleh rakyat Malaysia sejak tahun 2019 demi berkhidmat dengan lebih baik kepada pengguna.
โDi Shopee, kami sentiasa meletakkan para pengguna sebagai keutamaan dalam apa yang kami lakukan, jadi kami mencipta inisiatif dan kempen baharu secara konsisten seperti 3.15 Hari Pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik,โ ujarnya.
Bersempena sambutan 3.15, Shopee turut menyambut Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/3-3.
-NIAGATIMES