30 syarikat kulinari dan pelancongan tempatan lakar kejayaan di Anugerah ASEAN Food & Travel 2022

Sebanyak 30 syarikat dari Malaysia telah diiktiraf sebagai pemenang di Anugerah ASEAN Food & Travel 2022.

Majlis penganugerahan tahunan yang julung kali diadakan oleh portal kulinari dan pelancongan, ASEAN Food & Travel dengan kerjasama media Top 10 of Asia dan NiagaTimes itu dianjurkan bagi meraikan para pemain industri kulinari dan pelancongan di rantau Asia Tenggara yang kekal komited menguruskan perniagaan masing-masing dalam memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan meskipun dilanda pandemik Covid-19.

Program seperti ini memainkan peranan sebagai anjakan buat usahawan tempatan untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing yang kelak mendorong mereka untuk membantu dalam pembangunan ekonomi negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, semua pihak juga secara tidak langsung akan menyedari bahawa peranan para usahawan amat penting dalam jatuh bangunnya ekonomi sesebuah negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berucap ketika hadir merasmikan portal majalah ASEAN Food & Travel dan majlis Anugerah ASEAN Food & Travel 2022

โ€œOleh yang demikian, pelaksanaan program ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang amat besar untuk menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat.

โ€œKami di MOTAC juga akan memastikan segala usaha dan inisiatif Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 terus dilaksanakan. Malah, Pelan Pemulihan Pelancongan kini turut diperhebatkan untuk manfaat semua pihak, seterusnya membantu negara dalam mempercepat fasa pemulihan ekonomi,โ€ ujarnya.

Sementara itu, Editor Pengurusan RHA Media, Lee Seng Chee berkata, anugerah bertemakan โ€˜Honouring Outstanding Malaysian SMEs in the Food & Travel Industryโ€™ itu menyaksikan sebanyak 10 kategori anugerah seperti hospitaliti, restoran, makanan dan minuman, fasiliti kesihatan, pusat kecantikan, agensi pelancongan dan lain-lain telah disampaikan pada majlis tersebut.

โ€œBagi pengiktirafan tertinggi, โ€˜Best Hospital for Medical Tourismโ€™, penerima anugerah tersebut ialah Gleneagles Hospital Medini Johor.

โ€œHab penjagaan kesihatan yang telah dibuka sejak tahun 2015 ini diiktiraf berdasarkan khidmat dan sumbangan cemerlangnya di dalam industri kesihatan negara. Kredibiliti Gleneagles Hospital Medini Johor yang memiliki fasiliti dan pakar perubatan bertaraf dunia bukan sahaja menjadi pilihan masyarakat di Malaysia, malah turut mendapat tempat dalam kalangan warga Singapura,โ€ katanya.

โ€œSatu lagi penerima anugerah tertinggi bagi โ€˜Malaysiaโ€™s Food & Beverage Brand of the Yearโ€™ ialah Meโ€™nate Steak Hub. Syarikat rangkaian kedai makan ala barat ini telah berkembang pesat dengan cemerlang.

โ€œNilai jualan syarikat ini pada tahun 2021 mencecah RM41 juta. Selain unggul beroperasi melalui 9 cawangannya di seluruh negara, khidmat mesra pelanggan dan harga berpatutan yang disediakan mereka turut diiiktiraf oleh pelancong-pelancong luar,โ€ jelasnya.

Penerima-penerima anugerah dari Malaysia yang lain termasuklah Datuk N. Subramaniam (Presiden Persatuan Hotel Malaysia); Hisham Tan Abdullah (Presiden Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia); Datuk Fazley Yaakob (selebriti Masterchef); Anis Nabilah (cef selebriti), Citarasa Dadi Dada Cafe; Nguyenโ€™s; MIMONE Spa; DNS Beauty Solution; Uncle Chong Local Delights; Greentrend Resources Sdn Bhd; Food Cartels; Anne Elizabeth the Deli Restaurant; Kampung Burger Food Processing Sdn Bhd; Icon Brewings Cafe; Impian Ramai F&B Sdn Bhd (Royale Kukur); PC Studio Cafe; TaiWaniโ€™s Dessert; LF Barakah Sdn Bhd; LY Asia Seafood; The Kenduri Event Sdn Bhd dan Rumpun Selera.

Selain itu, Aufa Kek Lapis Sarawak; Tourplus Technology Sdn Bhd; Irama Dining; DRSA Holdings Sdn Bhd; Kantin at the Granary; Park Inn by Radisson Putrajaya; OEM Brand Manufacturing Sdn Bhd; Global Medicall Assistance (M) Sdn Bhd; Delicieux Coffee & Food; Delicious Western Sdn Bhd; Omega Noodles Sdn Bhd; Seafood Maestro; Magnovas Holding Sdn Bhd; Just Seafood; Nasi Dagang Atas Tol dan HL Kampungku antara yang juga diiktiraf.

Selebriti Masterchef, Datuk Fazley Yaakob, antara yang mendapat pengiktirafan di majlis tersebut

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran.

-NIAGATIMES

aseanfoostarvelawards2022 AFTA ADFTT AFTA-2022-BM.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.