3,726 pelanggan SME BANK raih manfaat moratorium SRP PEMULIH

SME Bank menawarkan kemudahan moratorium sehingga enam bulan dan lanjutan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan berkuat kuasa Julai 2021 yang akan membantu 3,726 pelanggannya dengan melibatkan jumlah pembiayaan bernilai RM5.4 bilion melalui Program SRP PEMULIH.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, SRP PEMULIH yang disediakan oleh banknya bukan sahaja untuk moratorium, malah menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan untuk membolehkan pelanggan mengurus aliran tunai yang lebih efektif.

“Sebelum ini, SME Bank telah menawarkan pakej SRP 1.0 dan 2.0 yang bertujuan memulihkan kembali perniagaan yang terjejas. Untuk SRP 1.0, SME Bank telah membantu seramai 3,084 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan RM4.1 bilion.

“Manakala bagi SRP 2.0 yang berbentuk bantuan bersasar, 311 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan bernilai lebih dan RM248 juta telah mendapat manfaat daripada bantuan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Ketika mengulas lanjut, Aria berkata, SME Bank telah bergerak secara proaktif di dalam membantu usahawan PKS sejak dari awal pandemik serta pengenalan SRP 1.0 sehingga SRP PEMULIH.

“Pegawai Perhubungan Bank telah menghubungi semua pelanggan untuk memahami masalah yang dihadapi dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya.

“Ini ditambah dengan proses yang dipermudahkan iaitu pelanggan yang memenuhi kriteria kelayakan tidak perlu memohon sebaliknya ditawarkan pilihan mengikut keperluan mereka,” jelasnya.

Sektor-sektor yang mendapat perhatian SME Bank ialah sektor pelancongan dan pengangkutan penumpang yang merupakan sektor paling teruk terjejas akibat pandemik ini.

Sektor lain yang turut menerima bantuan secara keseluruhannya termasuk sektor perkhidmatan, peruncitan serta pembinaan.

-NIAGATIMES

Aria-Putera-Ismail-Kredit-foto-SME-Bank.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.