44 PKS Terima Penghargaan Sertai SIRIM-Fraunhofer

0
2

Isnin, 20 November 2017 – Sirim Bhd hari ini memberi penghargaan kepada 44 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di atas pembabitan mereka dalam Program SIRIM-Fraunhofer bagi meningkatkan produktiviti serta ekonomi perusahaan mereka.

Antara syarikat itu ialah Global Factor Sdn Bhd, Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd, Now Foods Sdn Bhd, SI Acoustic Sdn Bhd, Quantum Electro Opto System Sdn Bhd dan Nubex Sdn Bhd.

Mereka terdiri daripada usahawan pelbagai industri seperti elektrikal dan elektronik, bahan pembungkusan, pemesinan dan kejuruteraan, bioteknologi, makanan dan minuman, produk kesihatan serta pelabelan dan pembungkusan, katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Program SIRIM-Fraunhofer turut menyediakan geran bagi pelaksanaan Audit Teknologi serta projek intervensi teknologi dan inovasi untuk menangani isu-isu yang mengekang peningkatan produktiviti syarikat.

“Sehingga kini sebanyak 487 syarikat pembuatan telah menyertai Audit Teknologi dan 129 PKS terbabit dalam pelbagai projek aplikasi teknologi serta inovasi seperti mekanisasi dan automasi serta pembangunan produk,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Program SIRIM-Fraunhofer ialah kerjasama antara Sirim, sebuah sebuah agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Fraunhofer Institute dari Jerman.

Ia dimulakan pada 2015 bagi memberi penekanan kepada pengenal pastian masalah PKS melalui Audit Teknologi dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti menerusi perkhidmatan teknologi dan inovasi.

 

Gambar: http://www.mynewshub.cc

Sumber: www.bharian.com.my

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.