• LENOVO 1916

Jika telefon budget rendah adalah keutamaan anda. Lenovo A916 antara pilihan yang baik. Lenovo A916 ini dilengkapi dengan RAM 1gb, 8gb storan dalaman, cip propresan 8 teras dan dilengkapi dengan kamera 13 megapixel. Apa yang membuatkan Lenovo A916 ini lebih menarik adalah Lenovo A916 ini hadir dengan slot 2 sim. Anda boleh masukkan dua nombor di dalam satu telefon serta anda boleh dapatkan applikasi “3rd party whatsapp” yang menyokong dua whatsapp di dalam satu telefon. Anda boleh dapatkan Lenovo A916 ini dengan harga RM399 sahaja.

  • HUAWEI HONOR 4X

Huawei Honor 4x tampil dengan rekabentuk yang lebih bergaya dan sedap dipegang. Honor 4x menjalankan sistem operasi Android 5.0 dan mempunyai RAM 2GB, storan dalaman 8GB dan slot 2 sim. Honor 4x juga menggunakan skrin IPS LCD yang boleh dikatakan agak baik untuk telefon pintar yang setanding dengan harganya. Jika anda mahu dapatkan telefon pintar yang mempunyai harga yang sederhana tetapi mempunyai rekabentuk yang baik dan laju anda boleh dapatkan Huawei Honor 4x dengan harga RM649.

  • XIAOMI REDMI 3

Xiaomi Redmi 3 merupakan telefon pintar bersaiz 5 inci dan telefon pintar Xiaomi memang terkenal dengan sistem operasi Android yang mudah dan laju. Xiaomi Redmi 3 mampu memberikan prestasi yang baik memandangkan Xiaomi Redmi 3 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 616 serta RAM 2gb. Apa yang paling menarik tentang Xiaomi Redmi 3 ini adalah Redmi 3 ini dilengkapi dengan batteri yang berkapasiti besar iaitu 4100 mAh yang boleh digunakan sehingga 36-48jam penggunaan. Xiaomi Redmi 3 juga menawarkan harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi untuk spesifikasi yang ditawarkan iaitu RM699.

  • XIAOMI REDMI NOTE 3

Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai sistem operasi dan ciri – ciri yang sama seperti Xiaomi Redmi 3. Apa yang membezakan Redmi Note 3 dengan Redmi 3 adalah Redmi Note 3 menawarkan saiz skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci. Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan spesifikasi yang lebih baik iaitu cip pemprosesan Mediatek MT6795 Helio X10 serta RAM 3gb dan Storan yang agak besar iaitu 32gb. Seperti juga Xiaomi Redmi 3, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sistem pengimbas cap jari untuk unlock telefon pintar anda dengan mudah. Xiaomi Redmi Note 3 mempunyai kapasiti bersaiz 4000mAh dan harganya pula bermula dari RM700 sehingga RM849.

  • ONEPLUS ONE

Meskipun Oneplus One merupakan telefon pintar yang boleh dikatakan bukan yang terbaru tetapi spesifikasinya adalah antara yang terbaik berbanding 4 telefon pintar yang telah saya senaraikan diatas. Oneplus One dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, RAM 3GB dan ruang storan yang agak besar iaitu 16gb dan 64gb. Oneplus One juga dilengkapi dengan kamera 13-megapixel yang mempunyai pencahayaan yang agak baik. Jika anda seorang yang “heavy user” atau mahukan kerja dilalukan dengan pantas secara “multitasking”, OnePlus One adalah jawapannya. Syarikat Oneplus One juga hadir dengan telefon pintar yang mempunyai spefikasi mirip dengan Oneplus One iaitu One Plus X yang mempunyai saiz skrin 5 inci. Harga bagi Oneplus One bermula dari RM1089 sehingga RM1250 manakala harga bagi Oneplus X adalah RM1289.

 

Nama Pengarang: Hairi Ariff

Sumber: https://www.thevocket.com/5-telefon-pintar-yang-sesuai-digunakan-untuk-bisnes-online/