1.Menetapkan Misi Peribadi:

Setiap perniagaan harus mempunyai misi atau visi serta sesuatu yang menggambarkan nilai matlamat, budaya dan teras dasar organisasi yang lebih luas. Ia digunakan untuk menetapkan hala tuju sesebuah organisasi dan memberi motivasi kepada para usahawan. Oleh sebab itu, setiap usahawan perlu menetapkan misi peribadi mereka sendiri.

2. Membuat Rancangan:

Sama seperti dalam perniagaan, pernyataan misi adalah sia-sia tanpa pelan untuk melaksanakannya. Anda juga harus membangunkan dan menulis pelan peribadi dan profesional termasuk matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Pelan ini tidak boleh ditulis dan dirangka, kerana ia adalah organik dan akan berubah apabila keadaan peribadi dan profesional anda berubah. Tujuan di sini adalah untuk mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang anda mahu capai secara peribadi dan bagaimana anda akan mencapainya.

3. Mulakan Rutin:

Motivasikan diri anda untuk memulakannnya. Anda juga perlu memulakan setiap hari dengan rutin pagi yang hebat, untuk membantu minda dan badan anda cergas, fokus dan bersedia untuk mewujudkan tabiat baru. Sebagai sebahagian daripada rutin setiap pagi, anda perlu menghabiskan masa mengkaji dan memperhalusi pelan anda.

4. Menetapkan Masa Untuk Diri Sendiri:

Kerana usahawan setiasa sibuk dalam perniagaan mereka oleh sebab itu ianya penting untuk menetapkan masa peribadi untuk diri sendiri. Pada masa ini, anda harus mempunyai masa yang untuk berjalan-jalan, berfikir, bermeditasi atau bersenam.

5. Melibatkan Diri Bersama Rakan-Rakan:

Kadang-kadang motivasi terbaik datang dari rakan sebaya. Melibatkan diri bersama rakan-rakan anda untuk membantu memberi motivasi kepada anda untuk mencapai matlamat dan berkongsi pandangan serta idea.

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.