9,101 permohonan R&R Agrobank diluluskan, rundingan masih dibuka hingga Jun 2021

Agrobank telah meluluskan 9,101 permohonan bagi penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) yang merangkumi permohonan daripada pelanggan komersial, pengguna dan mikro yang memohon sokongan kewangan tambahan untuk meredakan aliran tunai mereka kesan daripada penularan wabak Covid-19.

Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pihaknya terus komited untuk memberikan sokongan kepada pelanggan Agrobank dalam tempoh yang mencabar ketika ini.

โ€œBagi pelanggan yang masih menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka, Agrobank akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021.

โ€œKami ingin memaklumlan kepada semua pelanggan kami bahawa sebarang bantuan kewangan yang diambil tidak akan mempengaruhi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) status mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Khadijah, pelanggan turut disarankan berhubung dengan pegawai Agrobank mengenai pilihan yang ada atau sekiranya tidak pasti dengan perkara yang harus dilakukan mereka selanjutnya.

“Oleh kerana Agrobank menyediakan pembiayaan di sepanjang rantaian nilai pertanian, maka kami menyediakan bantuan kewangan kepada individu, mikro, PKS dan juga pelanggan korporat,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Agrobank.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.