ABANG STRAWBERRY SASAR STATUS AGRO PELANCONGAN IDEAL

Tatkala menjengah ke pusat pelancongan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands, perkara paling utama yang akan menjadi tumpuan pengunjung sudah pastinya ladang-ladang dan kebun strawberi. Dari situlah kepelbagaian menu dan inovasi berasaskan buah strawberi saban tahun telah dihasilkan bagi menambat hati penggemar-penggemarnya yang tersendiri. Tetapi, lain pula ceritanya dengan keunikan menu Nasi Lemak Sambal Strawberi yang dicetuskan oleh jenama Abang Strawberry. Luar biasa, lain daripada yang lain!ย  Sebut sahaja nama menunya, ia pasti sudah cukup menjadi tarikan bagi setiap orang untuk mencubanya.

Tidak hanya fokus kepada segmen makanan dan minuman (F&B), Abang Strawberry di bawah kelolaan YBS Agro Premiere juga memiliki rangkaian perniagaan yang lain seperti produk-produk runcit, perladangan dan inap desa. Berkesempatan menemubual โ€˜orang kuatโ€™ di sebalik tabir kejayaan Abang Strawberry, NiagaTimes berkongsi komitmen yang dilontarkan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Muhammad Solehuddin Hj. Shamsuddin, 27, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Munzir Lokman, 33, dalam merencana perjalanan perniagaan mereka.

โ€œNasi Lemak Sambal Strawberi yang dicetuskan kami melalui Kafe 200 Seeds menjadi fenomena pada tahun 2016. Pada waktu itu, strategi kami menggunakan pendekatan promosi melalui personaliti โ€˜influencerโ€™ iaitu Vitdaily nyata menjadi. Rakan kongsi saya, Munzir, juga menyumbang idea dengan bertindak meletakkan papan tanda arah di sekitar Cameron Highlands sebagai tarikan bagi memudahkan pengunjung datang ke lokasi kami,โ€ kata Solehuddin sewaktu memulakan bicara.

Pesona produk berasaskan strawberi keluaran Abang Strawberry sentiasa menjadi tarikan bagi penggemar-penggemarnya

Namun sayangnya, perniagaan Abang Strawberry tidak lama selepas itu hebat diuji. Bilangan pengunjung yang semakin bertambah ke kafe mereka secara tidak langsung memberi tekanan berat kepada dua sahabat baik ini. Ibarat tidak menang tangan, perkhidmatan yang disediakan mereka tanpa semena-mena tidak mencapai ke tahap yang terbaik. Munzir akui bahawa di saat itu kru operasi Abang Strawberry sebenarnya belum bersedia menerima situasi mencabar sedemikian.

โ€œKami sangat kecewa. Mana tidaknya, ketika Abang Strawberry seolah-olah berada di kemuncak, tiba-tiba sahaja kami jatuh tersungkur. Perniagaan yang kami usahakan begitu laris, tak diduga ada pula kekurangannya. Servis yang disediakan kami dari aspek penyediaan makanan dikatakan tidak mengikut masa, membuatkan ramai yang marah, tak puas hati. Sambutan daripada pelanggan pada masa itu kurang memberangsangkan. Kritikan, kutukan dan makian secara terus-menerus yang kami terima di media sosial memberi impak negatif pada bisnes sehinggakan kami hampir berputus asa. Bisnes berjalan macam biasa, tapi tiada pulangan. Itulah antara episod suram Abang Strawberry,โ€ kongsi Munzir.

Enggan tunduk kepada kegagalan, kedua-dua pemuda ini tampil bangkit mengumpul semangat dengan mengatur pelan baharu tanpa menoleh ke belakang lagi. Menurut mereka, tiada gunanya melatah kepada tekanan yang diterima kerana situasinya tetap akan sama sekiranya Abang Strawberry sendiri tidak melaksanakan perubahan. Lantas Solehuddin dan Munzir mula mencongak perancangan rapi demi menaikkan semula rangkaian perniagaan milik mereka.

โ€œKami melakukan transformasi dengan menambah baik aspek perkhidmatan dan operasi. Segala-galanya diperincikan dengan cukup teliti sehinggakan rombakan tenaga kerja melibatkan kesemua staf tidak terkecuali dilaksanakan. Selain itu, inovasi menu Nasi Lemak Sambal Strawberi dengan penambahan beberapa ciri istimewa baru seperti nasi berwarna merah jambu juga diketengahkan. Malah, kru operasi Abang Strawberry turut diperkemaskan dengan etika kerja prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi menjamin servis yang lebih berkualiti. Alhamdulillah, perubahan tersebut nyata membuahkan hasil hinggakan kami kini mampu meraih keuntungan berganda mencecah jutaan ringgit tiap-tiap tahun,โ€ jelas Munzir tersenyum.

Solehuddin (kiri) dan Munzir harap sokongan kerajaan dan negeri realisasikan visi Abang Strawberry sebagai sebuah kawasan agro pelancongan ideal tempatan

Ibarat peribahasa โ€˜alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganโ€™, Solehuddin dan Munzir nekad mahu meneruskan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Justeru itu, mereka kini berusaha bersungguh-sungguh ingin menjadikan Abang Strawberry sebagai lokasi agro pelancongan yang serba lengkap di Cameron Highlands.

โ€œSetakat ini apa yang kami tahu, masih tiada lagi mana-mana agro pelancongan yang memiliki kemudahan serba lengkap di Cameron Highlands. Atas dasar itulah kami berhasrat untuk merealisasikan sasaran Abang Strawberry mencapai status ideal tersebut. Kami merancang mewujudkan sebuah kawasan yang lengkap dengan pelbagai cabang perniagaan seperti restoran, inap desa, tapak perkhemahan, aneka produk, kraftangan dan lain-lain lagi. Saya dan Munzir mahu komersialkan lokasi Kampung Taman Sedia, tempat di mana perniagaan kami jalankan ini berkembang. Untuk ke arah itu, kami juga kini giat mengumpul dana tambahan bagi menubuhkan sebuah wisma di Cameron Highlands. Semoga pihak kerajaan, negeri Perak dan Pahang khususnya dapat menyokong dan bantu merealisasikan usaha kami ini,โ€ kata Solehuddin di akhir perbualan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.