ACCA perkenal laporan sektor PKS dalam talian

Usahawan yang terlibat dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diingatkan supaya mengakses maklumat terkini berkenaan laporan antarabangsa sektor tersebut yang telah dikeluarkan secara dalam talian oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Merina Abu Tahir berkata, pelbagai informasi PKS seperti visi dan strategi, kepimpinan organisasi, kejayaan jangka panjang, graf peratusan responden, pengantarabangsaan dan lain-lain boleh diketahui dalam laporan global itu.

“Kita telah mengeluarkan dua set laporan terbaharu sektor PKS antarabangsa sejak Julai lepas. Laporan-laporan yang berjudul Keperluan Tadbir Urus PKS serta Amalan Perakaunan Kecil dan Sederhana (SMP) ini boleh diakses secara dalam talian melalui aplikasi ‘Professional Insights’ di mana sejumlah 50,000 pengguna telah memuat turun data tersebut,” katanya pada ACCA SME Workminar 2018 di Hotel W Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Google Play Store dan Apple App Store, laporan ACCA berbahasa Inggeris berkenaan juga boleh diakses di laman web rasmi mereka iaitu www.accaglobal.com atau klik pautan di bawah untuk mengakses secara langsung.

‘How vision and strategy helps small businesses succeed:
Governance needs of SMEs’
www.accaglobal.com/pk/en/professional-insights/risk/governance-needs-of-smes

‘Growing globally:
How SMPs can unlock international ambitions’
secure.accaglobal.com/pk/en/professional-insights/global-economics/growing-globally

ACCA for SME reports 2018.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.