Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk membantu usahawan wanita bagi menguasai kemahiran di dalam e-dagang melalui program Women Netpreneur anjuran agensinya, SME Corp. Malaysia.
Program ini merupakan kerjasama di antara SME Corp. Malaysia dengan Gorgeous Geeks.
Selain daripada meningkatkan kemahiran di dalam e-dagang, usahawan wanita juga akan dapat meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui program ini.
Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, sumbangan signifikan usahawan wanita di dalam ekonomi tidak boleh diabaikan dan ianya penting untuk membantu golongan ini yang sedang terkesan dengan pandemik Covid-19.
โMEDAC amat komited di dalam memperkasakan kaum wanita dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.
โDengan ini, kami akan terus menyokong program Women Netpreneur dengan mempergiatkan pelaksanaan sesi libat urus bersama usahawan wanita seperti sesi hari ini.
โSehingga kini, seramai 2,280 usahawan wanita telah dilatih melalui program Women Netpreneur ini. Dari jumlah tersebut, 80 peratus peserta telah berjaya melanggan platform edagang seperti Facebook, Shopee dan Lazada untuk menjalankan perniagaan,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berdasarkan Bancian Ekonomi Tahun 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, adalah didapati bahawa perniagaan milikan wanita telah menyumbang sebanyak RM69.1 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Selain itu, perniagaan milikan wanita juga telah mewujudkan sejumlah 786,132 peluang pekerjaan dengan penggajian sebanyak RM11.1 billion.
-NIAGATIMES