ADNOC tandatangani perjanjian perkongsian strategik

Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) menandatangani dua perkongsian ekuiti strategik baharu bersama Eni dan OMV membabitkan ADNOC Refining serta satu usaha sama perdagangan baharu yang akan dimeterai bersama-sama oleh ketiga-tiga rakan kongsi berkenaan, baru-baru ini.

Eni dan OMV memegang rekod prestasi yang kukuh dalam memaksimumkan nilai daripada operasi-operasi loji penapis termaju dan rumit serta membawa pengalaman serta kepakaran operasi dan pengurusan projek yang luas kepada perkongsian tersebut.

Nilai selanjutnya akan dihasilkan daripada usaha sama perdagangan global baharu, yang mana setelah diwujudkan, akan menjadi pengeksport antarabangsa produk-produk daripada ADNOC Refining dengan jumlah eksport bersamaan dengan kira-kira 70 peratus daya pemprosesan. Bekalan domestik dalam UAE akan terus diurus oleh ADNOC.

Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Eni dan OMV dalam perniagaan penapisan kami serta syarikat dagangan baharu tersebut. Perkongsian ini mengikuti bimbingan bijak kepimpinan kami untuk meneroka dan memacu nilai yang lebih besar dalam seluruh perniagaan kami.” – PR NEWSWIRE

ADNOC, Eni dan OMV tandatangan perjanjian perkongsian strategik.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.