Advantest bakal anjur pameran dagangan dalam talian

Pembekal peralatan ujian semikonduktor terkemuka Advantest Corporation akan menganjurkan pameran dagangan maya pada 10-11 Mac untuk berkongsi data teknikal dan pasaran yang berharga dengan pelanggannya di seluruh dunia tanpa mengambil risiko mendedahkan para hadirin kepada kemungkinan dijangkiti penyakit Koronavirus (Covid-19).

Menggunakan persidangan web, pakar teknikal daripada Advantest akan membentangkan teknologi pengujian semikonduktor terbaru dan amalan terbaik dan juga berinteraksi dengan rakan kongsi strategik, pelanggan semasa dan pelanggan berpotensi.

Di samping itu, forum dalam talian itu akan menampilkan ceramah berkenaan keadaan industri dan ramalan pasaran daripada dua eksekutif kanan SEMI, iaitu organisasi industri global yang mewakili rantaian bekalan pembuatan bahan elektronik.

“Kami telah membangunkan pameran dagangan maya ini untuk mempromosikan kesedaran kepada penyelesaian ujian semikonduktor yang paling canggih pada hari ini walaupun banyak pameran dagangan dan persidangan industri dibatalkan akibat wabak Koronavirus yang tragik,” kata Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Global Advantest, Judy Davies.

Pada 10 dan 11 Mac, pameran dagangan maya inovatif Advantest akan memaparkan pertunjukan oleh barisan sembilan penceramah antarabangsa yang akan berkongsi wawasan kepakaran mereka dalam pelbagai bahasa.  Untuk mempromosikan penggunaan maklumat dibentangkan yang paling meluas, sesi akan dibentangkan dalam bahasa Inggeris, Cina Mandarin dan Korea.

Setiap sesi akan menjadi interaktif, memberi penonton peluang untuk bertanya soalan.  Semua sesi akan dirakam dan dimuat naik dalam talian untuk rujukan berterusan berikutan acara dua hari tersebut.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.