Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini mengumumkan pembentukan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), melalui penggabungan dua agensi di bawahnya iaitu Technology Park Malaysia dan MaGIC.
MRANTI dijangka akan beroperasi tahun hadapan selaras dengan agenda pemangkin pengkomersialan teknologi negara menerusi Pemecut Pengkomersialan Teknologi (Technology Commercialisation Accelerator) dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui sains, teknologi dan inovasi (STI-E).
Pada majlis pengumuman MRANTI, Menteri MOSTI, Datuk Seri Adham baba menjelaskan, โMisi utama MRANTI adalah untuk memudahcara proses pencetusan idea sehingga ke penghasilan impak melalui penciptaan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi dan inovasi.โ
Penubuhan MRANTI di bawah program TCA ini adalah selaras dengan strategi di bawah pemangkin dasar membangunkan tenaga kerja masa hadapan dan mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12).
Tambah beliau, โMelalui MRANTI, Return on Ideas atau pulangan daripada idea secara umumnya merujuk kepada pertukaran pengetahuan kepada perolehan fiskal.
โMRANTI ditubuhkan sebagai landasan pelancaran teknologi daninovasi untuk membantu perusahaan, penyelidik dan pencipta memaksimumkan pulangan idea pada kadar yang lebih cepat, dengan mengoptimumkan sinergi,โ katanya.
Selain menawarkan program pembangunan kapasiti dan bantuan untuk menembusi pasaran, MRANTI juga akan menawarkan kemudahan fasiliti prototaip dan lapangan ujian langsung serta kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur lain kepada para penyelidik dan inovator.
-NIAGATIMES