Kecanggihan serta revolusi teknologi dan digitalisasi semakin pantas berkembang lantas telah mengubah lanskap pembangunan sektor pertanian bagi meningkatkan kecekapan dan hasil sektor ini.
Mula beradaptasi dengan teknologi, usahawan agro kini lebih berani menceburi bidang pendigitalan bagi meningkatkan hasil dan produktiviti pertanian serta pada masa yang sama memenuhi keperluan pengguna sasarnya menerusi platform e-dagang.
Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar telah berkongsi pandangannya bersama-sama pemilik perniagaan dalam sektor pertanian dan pendigitalan menerusi sesi webinar Agrobank yang dikenali sebagai Agro Talk, bagi membincangkan topik โEntrepreneurship in Malaysia โ Redesigning Business Models for the Digital Economyโ, baru-baru ini.
โSebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) dengan fokus untuk membangunkan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank menawarkan akses kewangan yang holistik serta perkhidmatan melangkaui perbankan kepada pelbagai segmen komuniti pertanian.
โBagi membangunkan rantaian nilai pertanian, Agrobank turut menyokong agenda negara bagi memodenkan sektor ini melalui pelbagai dana yang diterima daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) seperti pemodenan perkapalan untuk komuniti nelayan.
โUntuk makluman, Agrobank kini di dalam fasa Pelan Perniagaan Strategik 2021-2025. Menerusi pelan pembangunan ini, kami berhasrat untuk memastikan kelangsungan sektor pertanian menerusi penyelesaian pembiayaan kewangan yang komprehensif dan pada masa yang sama menyokong pembangunan teknologi serta penerapan amalan pertanian moden.
โIni dapat dilihat menerusi penglibatan Agrobank melalui kerjasama strategik bersama Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) bagi menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10 juta bertujuan menyokong 200 usahawan sektor pertanian bagi meningkatkan amalan teknologi IR4.0 untuk sektor ini,โ kata Khadijah.
Tambah Khadijah, pelbagai kerjasama dengan agensi dan penyedia teknologi dalam program akselerator menerusi aktiviti sandbox telah dirancang.
โIni merupakan antara pelan perniagaan kami, dan kami berhasrat untuk memberikan impak yang positif dan bukan sahaja menerusi pembiayaan tradisional malah pada masa yang sama, kami akan bekerjasama dengan rakan strategik bank bagi menyokong agenda kerajaan dalam memodenkan sektor pertanian,โ ujarnya.
-NIAGATIMES