Agrobank tawar insentif baharu kepada usahawan tani wanita

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) menawarkan insentif terbaharu yang dinamakan sebagai Agro Nisaa-i khusus untuk usahawan wanita terutamanya golongan ibu tunggal yang terlibat dalam perniagaan industri asas tani.

Agro Nisaa’-i merupakan program pembiayaan mikro untuk wanita secara berkumpulan yang tertumpu kepada usahawan mikro B40 dan M40 yang sukar mendapat kemudahan pembiayaan kerana tidak mampu memenuhi syarat-syarat normal pembiayaan bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, pihaknya sentiasa komited membantu semua golongan termasuklah wanita bagi meningkatkan peluang mereka mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian sekaligus menyumbang produktiviti sektor pengeluaran makanan di Malaysia.

“Selain pembiayaan maksimum sehingga RM30,000 dan kadar efektif serendah 8.31%, usahawan tani wanita yang menyertai program ini turut mendapat pelan perlindungan takaful kemalangan diri selama setahun. Istimewanya program pembiayaan Agro Nisaa’-i ini, ia akan digerakkan melalui pembentukan kumpulan dengan lima orang ahli di mana para usahawan dapat berkongsi tips perniagaan di antara satu sama lain selain mendapat bimbingan daripada pegawai Agrobank,” katanya pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa 2018 di MAEPS Serdang, baru-baru ini.

Agro Nisaa'-i.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.