Agrobank terus komited pelbagaikan segmen perkasa agropreneur

Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) akan memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam segmen pembiayaan terhadap agropreneur melibatkan syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta mikro di negara ini.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pihaknya sentiasa berusaha menambah solusi yang sesuai dan relevan untuk usahawan pertanian dari semasa ke semasa.

“Sebagai sebuah bank yang memberi fokus kepada pertanian, Agrobank menyediakan pelbagai pembiayaan bersesuaian untuk usahawan berskala kecil (mikro), pengusaha IKS dan juga syarikat korporat seperti pengusaha kilang dan juga tujuan eksport.

“Kadar keuntungan pembiayaan yang diberikan Agrobank juga menarik. Contohnya pembiayaan Tabung Untuk Makanan (3F) yang dikhususkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan import makanan serta menyediakan pembiayaan bagi projek-projek dalam sektor makanan hanya mengenakan kadar keuntungan sebanyak 3.75 peratus setahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Khadijah, Agrobank juga menyokong usaha untuk usahawan yang menggunakan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi selain turut membiayai peralatan automasi seperti dron, mesin dan sebagainya.

Khadijah-Iskandar-tengah-ketika-mengadiri-sambutan-Hari-Peladang-Penternak-dan-Nelayan-Kebangsaan-HPPNK-2019-baru-baru-ini-foto-Agrobank.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.