Agthia lancar eZad, platform lelongan kurma dalam talian

Agthia Group PJSC, sebuah syarikat makanan dan minuman serantau terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran eZad, sebuah platform eLelongan perniagaan ke perniagaan yang berinovatif, mudah dan cekap, di mana pembeli dari seluruh dunia boleh membeli kurma secara pukal daripada penjual di UAE.

eZad menjadikan pembelian dan penjualan kurma lebih pantas, lebih telus dan menguntungkan bagi semua pihak yang berkepentingan. Platform itu komited untuk membantu peladang menanam kurma yang lebih baik di samping membolehkan pembeli kurma borong untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Dalam fasa pertama itu, eZad akan mendapatkan kurma daripada peladang di UAE dan mula menyenaraikannya dari awal musim menuai pada Ogos. Seterusnya, ruang lingkup eZad akan diperluaskan secara beransur-ansur ke negara lain.

Peladang akan menyenaraikan kurma mereka untuk dilelong di eZad melalui sebuah sistem perakuan yang boleh dipercayai yang menggred kurma mengikut standard pasaran yang boleh dipercayai, dengan disokong oleh jaminan kualiti yang dibina berdasarkan kepada pengalaman dan reputasi yang meluas yang diwarisi daripada Al Foah.

Penyenaraian lelongan itu akan tersedia di eZad kepada pembeli di seluruh dunia selama 48 jam. Pembeli boleh mencari dan menapis senarai itu berdasarkan kepada keutamaan seperti harga, jenis kurma, kuantiti dan kualiti.

Pembeli boleh mengambil kurma yang dibeli itu dari salah satu daripada gudang eZad atau memilih daripada mana-mana perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan, termasuk penyimpanan, pembungkusan, pemunggahan, fumigasi, mencuci dan menghantar buah kurma itu ke lokasi di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agthia, Alan Smith berkata, platform eZad itu diwujudkan untuk membawa ketelusan, kemudahan dan penstandardan kepada industri kurma, melalui teknologi dan perkhidmatan.

-NIAGATIMES

eZad-dates.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.