Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mencapai persetujuan bersama-sama syarikat penerbangan tambang murah nasional, AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengetengahkan produk keluaran usahawan tempatan yang bakal melibatkan pemasaran sejumlah 550 barangan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadeah pemasaran yang akan dilaksanakan syarikat berkenaan adalah berdasarkan jualan di dalam pesawat serta menerusi platform e-dagang AirAsia melibatkan 250 kapal terbang dengan kapasiti 100 juta penumpang.
“Dua minggu lepas kita dapat persetujuan supaya 550 produk akan dipasarkan oleh AirAsia di bawah kempen Beli Barangan Malaysia.
“Tidak lama lagi, terdapat lapan jenis makanan dihasilkan usahawan tempatan bakal dijual di atas kapal terbang syarikat itu selain produk yang sedia ada,” katanya sewaktu menghadiri Karnival Jualan Pengguna di Port Dickson, baru-baru ini.