Sektor pembuatan Malaysia dijangka berupaya melonjak produktiviti yang lebih tinggi setelah perlaksanaan akses telekomunikasi pantas melibatkan internet berkelajuan tinggi hasil Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) siap sepenuhnya tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, penyediaan infrastruktur yang lebih canggih kini sedang dipertingkatkan kementeriannya dengan kerjasama kementerian yang lain bagi mencapai objektif Industri 4.0.
โKita akan membantu sektor pembuatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberi latihan berbentuk pendidikan supaya mereka diberi pendedahan berkenaan Industri 4.0 untuk lebih memahaminya.
โKedua, kesediaan infrastruktur kita untuk menaik taraf kelajuan internet dalam sektor tersebut dengan sasaran mencapai 1 Gigabait sesaat,โ katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog pada Persidangan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan PKS 2018 di Platinum Sentral, hari ini.