Alibaba rancakkan pertumbuhan eksport PKS Malaysia

Platform e-dagang Alibaba yang mula beroperasi di Malaysia sejak November 2017 nampaknya semakin giat membantu kapasiti teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkini menyaksikan kadar eksport daripada sifar peratus berjaya naik menjadi 55 peratus.

Kadar pertumbuhan ini jelas menunjukkan peranan Alibaba yang bertindak sebagai penghubung kepada rakan niaga sedia ada telah berjaya membantu jenama Malaysia, peruncit, ahli perniagaan dan rakan kongsi kerajaan mendapatkan akses dan peluang yang ditawarkan medium e-dagang.

Pengarah Pembekal Cina Perniagaan Antarabangsa Alibaba, Jaycee Lam berkata, perkhidmatan melalui e-dagang memiliki struktur perniagaan lengkap yang mampu menghubungkan perniagaan dan pembeli, termasuk kos logistik yang lebih rendah dan masa penghantaran yang lebih pantas.

“Oleh itu, kami berharap lebih banyak PKS akan melayari platform Alibaba menjelang akhir tahun. Sasaran kami adalah untuk mencatat 2,000 PKS berbanding 1,500 pada masa ini,” katanya kepada peserta Persidangan Perdagangan Global Alibaba.com di Hotel Palace of the Golden Horses, semalam.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.