Apabila pelancongan global beralih dari tahun pemulihan kepada tahun pertumbuhan pada 2025, pedagang-pedagang global mula menggunakan Alipay+ sebagai penyelesaian pembayaran mudah alih dan pendigitalan rentas sempadan.
Kemudahan milik Ant International ini dapat meningkatkan proses pembayaran, pemasaran dalam aplikasi dan pembangunan perkhidmatan digital dengan menarik perhatian dan mengalu-alukan kedatangan pelancong ketika musim Tahun Baru Cina, iaitu waktu kemuncak perjalanan pertama pada tahun ini.
Alipay+ menyokong lebih dari 35 dompet dan bank pembayaran antarabangsa, menghubungkan 1.6 bilion akaun pengguna mereka kepada lebih daripada 90 juta pedagang di 66 pasaran.
Alipay+ baru-baru ini menambah penerimaan dengan rakan kongsi baharu, Kaspi.kz (Kazakhstan) dan BigPay (Malaysia, Singapura dan Thailand) menghubungkan lebih ramai pengguna kepada pedagang-pedagang global.
Menjangkakan lonjakan perjalanan bermusim, Alipay+ bersama rakan kongsi perdagangan mereka memperkenalkan promosi kepada pengguna rakan kongsi pembayaran Alipay+ di seluruh dunia.
Bersama-sama Alipay+, jenama terkenal seperti Resorts World Sentosa, Marina Bay Sands, Central Retail, King Power, Pavilion KL, Lotte World, Olive Young, Daimaru, Printemps, Galeries Lafayette dan kedai bebas cukai lapangan terbang, merentasi lebih daripada 100,000 kedai akan memacu interaksi dalam kedai dan aplikasi bersama pelanggan dengan tawaran ganjaran lebih besar.
Melalui Antom, penyedia perkhidmatan pembayaran dan digitalisasi pedagang, Alipay+ turut menghubungkan dompet digital utama Asia ke platform pelancongan dalam talian dengan yang terbaru bersama AirAsia MOVE dan Booking.com, ini memudahkan proses keseluruhan pembayaran bagi pengembara Asia yang ingin mencari destinasi pengembaraan pada Tahun Baru Cina ini serta buat masa akan datang.
Melalui A+Rewards, platform pemasaran destinasi dalam aplikasi, pedagang dan badan pelancongan boleh berinteraksi secara terus dengan pengembara, menyarankan makanan terbaik, tempat tarikan pelancong dan tawaran beli-belah di setiap destinasi dan menawarkan promosi eksklusif bagi menarik lebih ramai pelanggan baru.
-NIAGATIMES