Alliance Islamic Bank bantu usahawan mikro B40 bina kekuatan kewangan

Alliance Islamic Bank Berhad (Alliance Islamic Bank) baru-baru ini berjaya menamatkan Economic Empowerment Programme (EEP) selama tiga bulan untuk 50 usahawan mikro B40.

Alliance Islamic Bank berkata, EEP melengkapkan para usahawan mikro dengan pengetahuan praktikal mengenai inovasi perniagaan, pemasaran, analisis pelanggan dan pengurusan kewangan supaya mereka dapat menyara hidup mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

โ€œProgram yang dilaksanakan menerusi kerjasama dengan People Systems Consultancy (PSC) ini membantu memperkasakan masyarakat berpendapatan rendah untuk berdikari dengan memperoleh pendapatan sebagai pemilik perniagaan. Para peserta dilatih untuk mengamalkan pengetahuan dari program ini semasa menjalankan perniagaan mereka.

โ€œSelain itu, mereka telah meningkatkan pengetahuan perniagaan digital, dan memanfaatkan peluang untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui platform digital.

โ€œHasilnya, purata pendapatan mereka telah meningkat lebih 300 peratus selepas program mentor selama tiga bulan,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, pihaknya giat membimbing perniagaan yang memberi kesan positif kepada masyarakat.

โ€œMelalui pelbagai rancangan bantuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditawarkan oleh Alliance Islamic Bank, kami giat mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak swasta, kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu membina daya ketahanan para usahawan mikro.

โ€œIni dicapai dengan melengkapkan usahawan-usahawan tersebut dengan pengetahuan, kemahiran, sarana dan sokongan yang berguna.

โ€œKami amat berbangga kerana program ini telah berjaya melatih seramai 50 orang usahawan mikro yang telah mencatatkan peningkatan dalam status sosioekonomi mereka,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Marriani-Che-Mat-produk-pastri-usahawan-mikro.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.