Alterra Indonesia guna Vymo kembangkan perniagaan rakan kongsi saluran

Vymo dipilih sebagai penyelesaian CRM Jualan pilihan untuk Alterra (dahulunya, Sepulsa), pengagregat bayaran bil, rangkaian pengedaran dan platform promosi yang utama di Indonesia.

Dengan CRM jualan didayakan AI daripada Vymo, pasukan jualan Alterra dapat meibatkan pelanggan dan rakan niaga pada platform mudah alih, mengesan dan mengoptimumkan keadaan penglibatan berdasarkan segmen perniagaan, dan melaporkan aktiviti-aktiviti jualan secara automatik dari aspek panggilan, mesyuarat, e-mel atau mesej.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Alterra bermula sebagai platform dalam talian untuk menjual pulsa (kredit telefon bimbit) melalui laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih. Sejak itu, syarikat mengembangkan vertikalnya untuk mengendalikan produk perniagaan lain seperti pengagregat bayaran bil B2B dan platform pengedaran produk digital. Ia memproses lebih 8 juta transaksi sebulan.

Mengulas tentang penglibatan ini, Ananto Wibisono, Ketua Pegawai Eksekutif Alterra berkata: “Kami ingin menjadi amat responsif kepada rakan kongsi dan pelanggan kami, maka kami memerlukan penyelesaian jualan yang dapat menjayakannya. Kami kagum dengan mobiliti dan kecerdasan Vymo dan berasa teruja dengan nilai yang dapat ditambah kepada produktiviti jualan kami.” – PR NEWSWIRE

Vymo dipilih sebagai penyelesaian CRM Jualan pilihan untuk Alterra Indonesia.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.