Aman Residences dan Hotel Janu mercu kebangkitan bandar Tokyo

Pemaju landskap bandar terkemuka di Jepun, Mori Building Co Ltd baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan pengendali bagi pelbagai hotel dan resort mewah yang bertaraf dunia, Aman di dalam Projek Pembangunan Semula Bandar Toranomon-Azabudai.

Kerjasama tersebut merupakan usaha pembaharuan bandar yang besar yang akan menghidupkan semula sebuah kawasan yang luas di tengah Tokyo apabila siap kelak pada tahun 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mori Building, Shingo Tsuji berkata, Tokyo harus menambahkan tarikan magnetnya jika ingin berjaya di dalam persaingannya dengan kota-kota terbesar di dunia.

“(Kerjasama ini) adalah untuk menyediakan sebuah persekitaran kediaman dan hotel terkemuka di dunia tidak seperti yang pernah dilihat di Tokyo, di mana orang ramai akan mencapai keharmonian dengan alam sekitar serta berhubungan dengan memberi inspirasi kepada orang lain melalui kreativiti.

“Dengan merealisasikan bentuk baharu ini bagi kesejahteraan bandar, Mori Building akan meningkatkan kuasa magnet Tokyo,” katanya.

Aman Residences, Tokyo akan terletak di tingkat 54 hingga 64 di Menara Daerah A setinggi 330 meter, dengan menawarkan 91 kediaman berjenama hotel dengan perkhidmatan eksklusif, termasuk Aman Spa yang dikhaskan kepada penghuni sahaja.

Manakala, jenama hotel mewah Aman, Janu akan membuat penampilan sulungnya di Jepun dengan Janu Tokyo di tingkat 1 hingga 13 di Menara Daerah B-2. Hotel itu telah direka oleh Denniston di bawah kepimpinan Jean-Michel Gathy dengan anggaran kira-kira 120 bilik mewah.

-NIAGATIMES

Tokyo-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.