Amaran ‘scammer’ menyamar Ninja Van Malaysia

Ninja Van Malaysia telah mengenalpasti bahawa terdapat scammer yang menyamar sebagai pekerja atau wakil Ninja Van dan menyasarkan mangsa melalui WhatsApp.

Berdasarkan maklumat yang didapati setakat ini, mangsa akan menerima mesej WhatsApp yang tidak diundang daripada nombor telefon tempatan. Individu tersebut akan berpura-pura menjadi pekerja Ninja Van yang menghantar bungkusan dan meminta mangsa yang tidak menyangka untuk memuat turun fail berbahaya (contohnya fail .apk) untuk mengesahkan bungkusan mereka.

“Kami tidak memerlukan penerima untuk memuat turun sebarang fail untuk mengesahkan bungkusan mereka. Kami menasihatkan agar orang awam tidak membalas mesej-mesej ini atau mengklik sebarang pautan dan fail yang disertakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ninja Van Malaysia ingin menasihatkan orang awam supaya kekal berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

(1) Berhati-hati ketika berinteraksi dengan pautan dan lampiran dokumen dari sumber yang tidak dikenali atau tidak dipercayai

(2) Pastikan hanya memuat turun aplikasi yang disahkan dari laman web aplikasi rasmi seperti Google Play Store dan Apple App Store

(3) Pastikan peranti anda selamat dengan menyahaktifkan tetapan ‘Pasang aplikasi yang tidak dikenali’

(4) Periksa tanda-tanda penipuan dan rujuk kepada sumber rasmi

(5) Maklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga, dan rakan-rakan mengenai kes penipuan. Laporkan kes penipuan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti https://semakmule.rmp.gov.my/

“Ninja Van Malaysia hanya akan menghubungi penerima bungkusan melalui saluran rasmi, seperti sistem perbualan sosial rasmi kami, NinjaChat, akaun media sosial dan WhatsApp Business yang disahkan, atau alamat e-mel kami yang berakhir dengan ninjavan.co,” tambahnya.

-NIAGATIMES

CREDIT-PHOTO-Ninja-Van.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.