Amazon umum lima projek solar berskala utiliti di China, Australia dan AS

0
23

Baru-baru ini, Amazon mengumumkan lima projek tenaga boleh diperbaharui yang baharu di China, Australia dan Amerika Syarikat yang seterusnya menyokong komitmen Amazon untuk mencapai 80 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2024 dan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2030, serta mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2040.

Apabila siap nanti, lima projek tenaga boleh diperbaharui Amazon yang baharu itu yang mempunyai kapasiti yang dipasang 615 MW akan membekalkan kira-kira 1.2 juta MWh tenaga boleh diperbaharui tambahan kepada rangkaian pemenuhan syarikat itu dan pusat-pusat data Amazon Web Services (AWS), yang memberi kuasa kepada Amazon dan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia.

Naib Presiden bagi Kelestarian Amazon, Kara Hurst berkata, pihaknya komited untuk memenuhi matlamat Perjanjian Paris 10 tahun lebih awal dan mencapai karbon sifar bersih merentasi seluruh Amazon menjelang tahun 2040.

“Lima projek tenaga boleh diperbaharui yang baharu ini adalah satu bahagian penting dalam halatuju kami untuk mencapai matlamat ini.

“Sebenarnya, kami yakin dapat mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025, lima tahun lebih awal daripada matlamat yang kami umumkan pada musim luruh yang lalu.

“Walaupun perkara ini akan memberikan cabaran, kami mempunyai rancangan yang berwibawa untuk sampai ke sana,” katanya.

Kara-Hurst-Amazon.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.