AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) menyasarkan rekod kenaikan pembiayaan pinjaman kira-kira 30 hingga 40 peratus bagi tahun kewangan sehingga 2021 berdasarkan pengukuhan berterusan segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, jumlah insentif yang ditawarkan pihaknya ketika ini adalah berjumlah RM120 bilion.
“Jumlah pinjaman yang kita ada pada waktu ini (untuk PKS) adalah sekitar RM11 bilion dan ianya masih sekitar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan selain penglibatan pasaran runcit serta korporat.
“Kadar peningkatannya yang cepat dalam tempoh setahun menunjukkan pertumbuhan dua digit dengan angka RM2 bilion hingga RM3 bilion menjadi sandaran kami untuk terus meningkatkan jumlah itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Cabaran Keusahawanan AmBank BizRACE musim kedua di Nexus Bangsar South, semalam.