AmBank sasar bantu PKS terokai penggunaan IoT

AMMB Holdings Berhad (AmBank) menyasarkan untuk membantu golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menerokai penggunaan Objek Rangkaian Internet (IoT) di dalam perniagaan masing-masing selaras menyahut polisi Revolusi Perindustrian Keempat yang telah diperkenalkan kerajaan pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, inisiatif untuk merealisasikan sasaran tersebut kini giat dilaksanakan melibatkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kumpulan pakar daripada syarikat teknologi, infrastruktur dan telekomunikasi tempatan.

“AmBank merancang untuk menerapkan elemen IoT di dalam cabaran keusahawanan AmBank BizRace pada tahun ini dengan kerjasama bersama-sama MITI sedang dijalankan.

“Kami berharap dapat memuktamadkan perbincangan tersebut kelak,” katanya kepada pemberita selepas menyertai panel pada Siri Melangkaui Pembiayaan AmBank BizConference di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

AmBank-BizConference.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.