Angola lancar tender awam Terminal Serbaguna Porto Luanda

Kerajaan Angola telah melancarkan Tender Awam Antarabangsa untuk konsesi dan operasi Terminal Serbaguna Pelabuhan Luanda pada Isnin, baru-baru in. Objektif utamanya adalah untuk mempromosikan pembangunan dan peningkatan kecekapan pelabuhan melalui penglibatan pengendali-pengendali swasta yang mempunyai pengalaman terbukti dalam sektor berkenaan.

Tender awam ini ditujukan kepada syarikat-syarikat atau perikatan syarikat-syarikat domestik dan asing yang mempunyai pengalaman terbukti dalam aktiviti yang berkenaan atau yang memenuhi keperluan program, spesifikasi dan perundangan yang dikuatkuasakan. Tarikh akhir penyerahan tawaran ialah 30 Mac 2020, menurut Program Peraduan.

Bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, tedapat beberapa syarat serta kelayakan yang perlu dipenuhi.

Cadangan hendaklah diserahkan di ibu pejabat Luanda Port Company pada hari bekerja, dari jam 09h00 hingga 17h00, sebelum dihantar ke bilik mesyuarat Pentadbiran B.

Terminal Serbaguna Pelabuhan Luanda ialah infrastruktur pelabuhan yang dikhususkan untuk operasi serentak kargo am dan kontena, yang mempunyai dermaga 610 meter, kedalaman 12.5 meter dan kawasan seluas 181,070 meter persegi dengan kapasiti pergerakan 2.6 juta tan setahun.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan, sila layar laman web www.concursos-mintrans.ao atau emelkan kepada info@concursos-mintrans.ao.

-PR NEWSWIRE

Luanda-Port.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.