ANJAKAN WORLD MARKETING WORK TANGANI PANDEMIK PERLUAS BISNES

World Marketing Work Sdn Bhd merupakan pengilang dan pengedar susu formulasi jenama IRFAN yang beroperasi di Kamunting, Perak. Jenama susu IRFAN bersaing dalam industri pembuatan susu formulasi sejak tahun 2013.

Walaupun bersaing dengan jenama besar di dalam industri ini, Pengasasnya iaitu Saiful Azlan, 32, tidak gentar kerana beliau percaya dengan kekuatan formulasi produk-produk IRFAN.

“Jika dilihat, susu kami sama seperti produk susu yang lain. Cuma yang membezakannya adalah formulasinya. Kebanyakan produk IRFAN memfokuskan formulasi yang membantu sistem penghadaman dengan mengunakan khasiat dari bahan-bahan islamik seperti kurma, kismis, madu dan Arabic Gum dan diperkaya dengan nutrisi tambahan DHA daj FOS,” jelasnya.

Menurutnya lagi, produk IRFAN tiada kandungan gula tambahan yang membuatkan jenamanya menjadi pilihan pelanggan.

Seperti kita tahu, dunia telah dilanda pandemik lebih dua tahun. Namun, ini tidak menjadi penghalang buat syarikat World Marketing Work Sdn Bhd terus komited di dalam perniagaan.

Menurut Saiful Azlan, “Saya akui, dua tahun ini merupakan cabaran paling terbesar buat kami dan rakan- rakan seperjuangan. Langkah dan strategik drastik harus dilakukan.

“Sebelum ini, kami lebih memfokuskan operasi perniagaan menerusi kedai-kedai fizikal, pasar raya, farmasi dan toko jamu. Kini, kami juga telah memasuki pasaran e-dagang melalui platform-platform yang tersedia.

“Alhamdulillah sambutan yang kami terima amat menggalakkan dengan nilai jualan ketika itu mampu mencecah RM350,000 untuk pengkhususan secara dalam talian sahaja,” katanya.

Ibarat pepatah yang mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tempoh pandemik yang berjalan juga ternyata tidak menghalang dirinya daripada merealisasikan pelan memperluaskan jenama IRFAN ke pasaran Asia Tenggara.

Jelas Saiful Azlan, IRFAN kini sudah bertapak di negara jiran iaitu di Medan, Indonesia. Di sinilah IRFAN mengorak langkah dengan memfokuskan pelan pemasaran terhadap kawasan setempat dan untuk 2022 syarikatnya menyasarkan mahu menguasai 80 peratus kawasan Bahagian Barat Indonesia.

Tidak hanya terhenti di situ, pihaknya juga sedang merancang untuk menembusi pasaran Timur Tengah tidak lama lagi.

Jika ditanya apa rahsia bagi Saiful memiliki semangat juang yang tinggi dalam industri ini?

Jawapannya, “Tiada apa-apa rahsia. Kita hanya perlu berusaha, cepat dan bijak bertindak mengikut keadaan semasa.

“Alhamdulillah, usaha kami ini juga telah menarik perhatian organisasi-organisasi besar dan justeru itu, kami telah menerima beberapa anugerah sepanjang dua tahun ini.

“Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang banyak memberi peluang dan kepercayaan kepada kami, terutamanya dalam memasarkan jenama IRFAN di dalam dan luar negara,” katanya mengakhiri perbualan.

-NIAGATIMES

Saiful-Azlan-Produk.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.