ANTA Malaysia terus melebarkan sayap di pasaran Malaysia melalui pembukaan kedai konsep ANTA Basketball di Sunway Pyramid. Lebih daripada sekadar kedai, ANTA Basketball adalah gabungan kecintaan sukan dengan reka bentuk inovatif yang bertujuan untuk mewujudkan pengalaman yang mengasyikkan untuk peminat sukan bola keranjang.
Dengan ketersediaan pelbagai jenis kasut, pakaian dan aksesori eksklusif dalam ruang yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa, reka bentuk dan susun atur kedai ini mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelanggan untuk mendapatkan keperluan sukan berkenaan.
Peminat bola keranjang juga boleh menantikan ketibaan pilihan peralatan berprestasi tinggi, termasuk ANTA KAI 1 Kaleidoscope yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Menurut Pengurus Besar ANTA Malaysia, Pang Sook Fong, pelancaran kedai ini menandakan pencapaian penting dalam komitmen jenama untuk menyokong komuniti bola keranjang tempatan.
โKedai ini mewakili visi ANTA untuk mendatangkan inovasi dan keterujaan kepada sukan ini dan seterusnya memperkayakan budaya bola keranjang tempatan. Pembukaan kedai konsep pertama kami di Malaysia ini bukan sahaja satu langkah strategik untuk jenama kami, ia juga merupakan satu penghormatan kepada komuniti dan sukan bola keranjang yang merupakan teras identiti kami,โ katanya.
Untuk meraikan pembukaan besar-besaran ini, ANTA Basketball menawarkan promosi hadiah-dengan pembelian yang eksklusif. Belanja RM811 untuk mana-mana item KAI dan dapatkan tiket masuk am ke acara ANTA KAI di Bangkok, dengan peluang bertemu NBA All-Star Kyrie Irving pada 23 September 2024. Tiket adalah terhad dan boleh didapati berdasarkan โsiapa cepat, dia dapat.โ
Untuk peluang menikmati pengalaman VIP, pelanggan perlu membelanjakan RM1,100 untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi penerbangan dan penginapan percuma.
-NIAGATIMES