Anugerah Kecemerlangan Bursa 2018 iktiraf broker dan perantara pasaran tempatan

0
1

Penganjuran Anugerah Kecemerlangan Bursa 2018 oleh Bursa Malaysia Berhad menyaksikan pengiktirafan bagi broker dan perantara pasaran unggul tempatan diberikan kepada organisasi serta individu yang berjaya menyumbang dalam membina pasaran modal merentasi tiga segmen utama iaitu ekuiti, derivatif dan pasaran modal Islam.

Majlis anugerah tahunan edisi keenam yang mengangkat tema ‘Outthinking, Outlasting, Outstanding’ ini telah menjulang pemenang-pemenang daripada 18 kategori anugerah dengan penghormatan telah disampaikan kepada broker dan perantara pasaran seperti Maybank Investment Bank Berhad, UBS Securities Malaysia Sdn bhd, Kenangan Futures Sdn Bhd dan Phillip Futures Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon ketika berucap mewakili Menterinya, Lim Guan Eng, mengingatkan para broker saham untuk memanfaatkan pendigitalan secara meluas bagi merancakkan pasaran saham.

“Selain pendigitalan yang lebih luas, broker perlu mempelbagaikan produk mereka untuk menarik kumpulan pelabur baharu,” katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Anugerah Kecemerlangan Bursa 2018 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, semalam.

Redzuan Yusof ketika menyampaikan ucaptama pada malam anugerah Bursa Excellence Awards 2018.jpeg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.