ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2023
Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2023 diadakan untuk mengiktiraf pencapaian usahawan-usahawan PKS serta menyuntik daya usaha syarikat tempatan yang lain mencapai kecemerlangan. Malah, anugerah berprestij ini juga mengambil pendekatan inovatif bagi menghargai sumbangan para usahawan terhadap industri di samping menyediakan platform untuk meningkatkan profil, jenama, produk dan perkhidmatan mereka.
Pada masa yang sama, anugerah tahunan ini juga menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan memberi sumbangan kebajikan kepada golongan penerima terpilih yang memerlukan sokongan kewangan bagi perjalanan pengurusan harian mereka.
Penganjuran anugerah kali ini diharapkan akan terus menjadi pemangkin semangat kebangkitan PKS di seluruh negara untuk berkembang pesat mencipta nama bukan sahaja di pasaran lokal tetapi juga ke peringkat global.
Muat turun borang anugerah berikut, lengkapkan dan e-melkan kepada support@niagatimes.com