25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 25, 2017

Pencalonan Telah Ditutup

Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017 adalah program anugerah berprestij yang mengiktirafkan pencapaian usahawan-usahawan SME di Malaysia yang bersedia untuk terus maju di masa hadapan. Program anugerah SME ini adalah bertujuan untuk menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan.

Anugerah ini di perkenalkan bagi tujuan menghargai sumbangan para usahawan terhadap industri, penggunaan teknologi dan pendekatan inovatif dalam menjalankan perniagaan secara mampan dan juga mengiktiraf kejayaan, pertumbuhan dan inovasi dalam perniagaan, ia menyediakan platform bagi SME untuk meningkatkan profil, jenama, produk dan perkhidmatan mereka.

Selain dari itu tujuan anugerah SME ini ialah untuk memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat tempatan ke arah pembangunan negara dan menggalakkan usahawan untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi negara. Tujuan utama anugerah SME ini juga adalah untuk menggalakkan dan mengiktiraf semangat keusahawanan dikalangan syarikat tempatan secara tidak langsung dapat mewujudkan satu platform di mana syarikat tempatan yang baru dan berpotensi mendapat pengiktirafan dan perhatian yang lebih besar.

Di harap dengan anugerah SME ini dapat mengenal pasti dan mengiktiraf perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia yang berkembang pesat berdasarkan kriteria kuantitatif dan kualitatif yang menumpu kepada pertimbangan serta daya tahan.

VISI :

Dapat menggalakkan pembangunan SME yang berdaya saing, berinovasi serta berdaya tahan dan dapat meningkatkan profil, penjenamaan produk dan perkhidmatan para usahawan.

MISI:

Mengiktirafkan pencapaian usahawan-usahawan Bumiputera dan juga bukan Bumiputera di Malaysia untuk terus maju di masa hadapan bagi menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan selain bertujuan menghargai sumbangan para usahawan.

OBJEKTIF :

  • Menggalakkan usaha dalam mengejar kecemerlangan di kalangan syarikat tempatan;
  • Mengiktiraf sumbangan syarikat tempatan ke arah pembangunan negara dan menggalakkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi;
  • Menggalak dan mengiktiraf semangat keusahawanan di kalangan syarikat tempatan
  • Mewujudkan satu platform di mana syarikat tempatan yang baru dan berpotensi mendapat pengiktirafan dan perhatian yang lebih besar.


KRITERIA :

Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari:

  • Usahawan Muda
  • Tokoh Usahawan
  • Usahawan Bumiputera
  • Usahawan Bukan Bumiputera
  • Permulaan Perniagaan ‘Start-Ups’ yang dinamik & berinovasi

KATEGORI ANUGERAH SME :

  • B to B (Perniagaan menjual produk / perkhidmatan kepada perniagaan lain)
  • B to G (Perniagaan menjual produk / perkhidmatan kepada Kerajaan)
  • Syarikat Menjaga Kesejahteraan Komuniti
  • Mentransformasikan Syarikat ‘Company Transformation’
  • Fokus Pelanggan / Perjanjian
  • Kesedaran Alam Sekitar
  • Eksport
  • F&B
  • Perniagaan Keluarga
  • Berkembang Pesat ‘High Growth’
  • Kepimpinan Industri
  • Inovasi & Teknologi
  • Perniagaan Baru – Digital
  • Perniagaan Baru – Bukan Digital
  • Perniagaan Baru – Perkhidmatan
  • Produk Baru / Perkhidmatan
  • Peruncit Dalam Talian
  • Peruncit
  • Usahawan di bawah 30-an
  • Wanita Dalam Perniagaan
  • Laman Web & Media Sosial
  • Tokoh / Ikon Usahawan Tahunan