AP Holding Berhad (APHB), sebuah syarikat di bawah kumpulan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) telah memasuki perjanjian pelaburan usaha sama dengan rakan kongsi perniagaan yang terkemuka iaitu Chase Perdana Sdn Bhd (Chase Perdana) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC).
Usaha sama tersebut memperuntukkan dana berjumlah RM 4.3 bilion untuk projek pembangunan hartanah.
Projek-projek pembangunan hartanah yang terlibat termasuklah pembangunan campuran dengan keluasan 25 ekar di Kota Kinabalu dan pembangunan sebuah hospital dan Universiti Perdana dengan keluasan 141 ekar di Serdang.
Pengerusi KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, kerjasama tersebut akan menyediakan suatu nilai penawaran unik kepada industri penjagaan kesihatan.
“AMC akan memanfaatkan jenama-jenama terkemuka melalui rakan usaha sama kami dari Amerika Syarikat untuk memenuhi pasaran pusat penjagaan kesihatan swasta yang menitikberatkan taraf piawaian emas kepada keperluan pusat penjagaan kesihatan swasta di Malaysia terutamanya di rantau Asia Tenggara,โ katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, Ilyas turut menggesa kerajaan untuk menggalakkan dan membantu memberi insentif kepada pelaburan seperti ini agar dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan juga demi kesejahteraan ekonomi negara.
Bertempat di Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX), langkah pelaburan strategik oleh kumpulan KAPB ini adalah bukti berdaya saing mereka di dalam meraih peluang-peluang yang ada terutamanya di dalam era ekonomi yang perlahan akibat Covid-19.
-NIAGATIMES