AROMA RESTORAN TERUNA IKAN BAKAR VERSI UTARA MEMUKAU

Wanita hebat di sebalik berdirinya Restoran Teruna Ikan Bakar, Mazura binti Jaafar mengenang kembali episod kembara perniagaannya yang bermula pada tanggal 20 September 2000.

Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan seperti pasar malam, ekspo dan program kendalian kerajaan seperti Ekspo Hari Penternak, Peladang dan Nelayan serta ekspo konvokesyen ke universiti-universiti di seluruh semenanjung Malaysia dengan menaiki sebuah lori.ย  Ketika itu, menu jualan yang diketengahkan hanyalah bihun sup serta aneka lauk masakan kampung.

โ€œPerniagaan ini dijalankan bersama suami saya iaitu Che Mat bin Karim yang sangat kreatif, rajin, gigih dan berjiwa kental. Berbekalkan kemahiran dan kreativiti yang ada, segala kelengkapan perniagaan seperti kerusi, meja, tungku dapur, gerai letak makanan serta segala kelengkapan makanan adalah hasil kerja tangannya sendiri.

โ€œKami suami isteri bermula dari โ€˜zero to heroโ€™. Kami tidak mewarisi harta pusaka orang tua, juga bukan dari keluarga asal kaya. Mungkin faktor inilah yang membuatkan kami lebih cekal bangun untuk mengubah nasib serta kehidupan yang lebih baik demi masa depan keluarga dan anak anak,โ€ kata Mazura.

Baginya, tiada jalan singkat untuk berjaya kerana di dalam dunia perniagaan, cabaran seperti jatuh, bangun, untung dan rugi adalah perkara biasa.

โ€œAllah menghadirkan pelbagai dugaan untuk kami dan kami sentiasa bersangka baik kerana setiap ujian itu ada hikmah yang Dia nak tunjuk pada kita. Kadang-kadang kita tak boleh duga ujian seperti apa yang Allah akan beri. Tetapi, semuanya pasti ada sesuatu yang Dia ingin kita belajar,โ€ ujarnya.

Jelas Mazura, pelbagai jenis perniagaan telah cuba diceburi bersama-sama suaminya. Selain bidang makanan dan minuman (F&B) mereka turut menjual buah di tepi jalan dan menjalankan khidmat pengangkutan lori dengan rutin mengambil buah dari Padang Besar untuk dihantar ke Chow Kit Kuala Lumpur. Mazura bahkan pernah terjebak dalam industri kosmetik dengan mengeluarkan product kecantikan jenama sendiri. Tetapi sayangnya, kesemua perniagaan yang dijalankan tersebut tidak bertahan lama.

Sehinggalah sinar muncul pada tahun 2006 apabila usaha pasangan ini untuk mendapat tapak niaga secara kekal akhirnya tercapai. Dari situlah bermulanya episod baharu bagi perniagaan Restoran Teruna Ikan Bakar di Alor Star, Kedah. Lokasinya yang strategik iaitu di tepi jalan utama laluan ke Hospital Sultanah Bahiyah juga menjadi tarikan pengunjung untuk singgah.

โ€œRestoran kami beroperasi 6 hari seminggu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dan akan tutup pada hari Selasa. Restoran kami menyediakan pelbagai jenis lauk masakan kampung. Antara menu utama yang menjadi kegilaan ramai di Restoran Teruna Ikan Bakar ialah sup gearbox, gulai kawah, gulai itik, gulai ayam kampung serta pelbagai jenis ikan bakar.

โ€œDengan tempat yang strategik dan menghidangkan pelbagai juadah kampung tradisional, ia membuatkan restoran kami menjadi tumpuan kepada penduduk setempat serta pelancong dari luar. Pada tahun ini, alhamdulillah genaplah usia ke-17 tahun restoran kami,โ€ katanya.

Enggan menoleh ke belakang, Mazura turut melebarkan sayap melalui pembukaan cawangan kedua restorannya yang diberi nama Kafe Santai Dโ€™ Sungai Derga (SD ‘SD).

Restoran yang terletak tidak jauh daripada Restoran Teruna Ikan Bakar ini hanya berjarak hanya 4 kilometer sahaja. Kafe berkenaan pula beroperasi setiap hari Rabu hingga Isnin bermula jam 3 petang hingga 11 malam. Antara masakan istimewa yang disediakan ialah masakan ala Thai, masakan kampung, โ€˜westernโ€™ dan bermacam-macam lagi.

โ€œSelama 22 tahun tempoh pengalaman berniaga dari kecil-kecilan hingga mencapai ke tahap sekarang, bukan mudah bagi kami untuk bertahan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi dan harga naik turun barang yang mencabar semangat kami sebagai peniaga.

โ€œCuma satu yang kami pegang, tiada kemanisan dalam kejayaan tanpa pengorbanan dan air mata. Semoga pencapaian kami secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk turut sama bangkit mencipta kejayaan.

โ€œTerima kasih Asean Food & Travel yang telah menobatkan kami sebagai pemenang Malaysia’s Best Ikan Bakar Restaurant (Northern Region) untuk tahun 2023.

โ€œAlhamdulillah bersyukur kepada Allah yang Maha Besar kerana segala susah payah yang kami lalui sebelum ini mendapat perhatian pihak luar yang menghargai dan menyaksikan bagaimana perjalanan jatuh bangun kami. Semoga dengan pengiktirafan ini, perniagaan kami terus berkembang maju jaya ke fasa seterusnya dan dapat keberkatan Allah di dunia dan akhirat,โ€ katanya mengakhiri perbualan.

-NIAGATIMES

Mazura binti Jaafar The Asean Food & Travel Awards 2023 1 Mazura binti Jaafar The Asean Food & Travel Awards 2023 Restoran Teruna Ikan Bakar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.