ASEAN-EU wajar tingkat kerjasama melangkaui perdagangan, pelaburan

0
11

ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) perlu mempertingkat usaha dalam mencari titik persamaan bagi memperkukuh kerjasama.

Pemangku Ketua Pengarah Institut bagi Kajian Dasar Luar dan Strategik di Vietnam, Dr Le Dinh Tinh, berkata terdapat lebih banyak perkara dalam hubungan ASEAN-EU selain perdagangan dan pelaburan.

“Ini adalah satu perhubungan penting yang kita perlu galakkan pada masa akan datang kerana kita mempunyai banyak perkara yang boleh kita tawarkan kepada satu sama lain.

“Tidak syak lagi, perdagangan dan pelaburan adalah kunci kepada hubungan ASEAN-EU. Selain itu, terdapat sektor lain yang saya rasakan kedua-dua pihak boleh jalin lebih banyak kerjasama, contohnya dalam bidang inovasi dan teknologi, perubahan iklim, pencegahan keganasan dan pembinaan kapasiti,” kata beliau pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik (APR) ke-33 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

EU adalah rakan dagangan kedua terbesar ASEAN selepas China manakala ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar di luar Eropah selepas AS dan China.

Beliau berkata ASEAN juga harus memanfaatkan kemajuan teknologi dan inovatif EU dalam memperlengkap golongan muda di blok 10 anggota itu dengan ilmu yang boleh membantu membangunkan rantau ini. – BERNAMA

EU-ASEAN-Gambar-hiasan.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.