Program ‘AsiaForward Startup Day: Exchanging Asia’s Brightest Ideas’ yang dinanti-nantikan bakal diadakan pada 24 Mac 2022 bertujuan bagi mempercepatkan transformasi digital untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula niaga tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui infrastruktur awan atau ‘cloud infrasturcture’.
Acara hibrid yang dijadualkan berlangsung sehari penuh ini merangkumi pertukaran pengetahuan interaktif, mengumpulkan syarikat pemula niaga Asia Tenggara yang terbaik dari semua peringkat, Pemodal Teroka (VC) terkemuka dan syarikat pemula China yang terkenal dalam membincangkan peluang dalam sektor terhangat di rantau ini seperti FinTech, Robotik, AI dan e-dagang.
Selain itu, sesi itu juga akan menampilkan VC Malaysia dan tiga pemenang dari Hari Demo yang diadakan di Malaysia sebelum ini sambil berkongsi pengalaman mereka menjalankan syarikat pemula niaga, cabaran dan ganjaran, serta peluang dan cara baharu menjalankan perniagaan ketika pandemik.
Syarikat pemula niaga dan PKS Malaysia yang menghadiri acara ini boleh menjangkakan untuk mendengar sendiri daripada pemimpin dan ahli panel berjaya dan berpengalaman dalam ekosistem termasuk rakan pemula.
Antara topik-topik menarik yang dinantikan-nantikan adalah:
(1) Menuju Masa Hadapan: Sempadan Teknologi Baharu di Awan
(2) Zaman Kegemilangan Digital Asia: Risiko dan Peluang
(3) Inovasi Masa Depan Digital Malaysia
(4) Bicara Panel: Mentakrifkan Cabaran dan Peluang Syarikat Pemula Niaga di Malaysia pada tahun 2022
(5) Perkongsian Bintang Syarikat Pemula Niaga: Bagaimana Membina Perniagaan Pemula yang Maju?
Daftar sekarang di https://my.alibabacloud.com/innovation-center/start-up-day-2022 untuk menempah tempat duduk percuma di acara AsiaForward Startup Day: Exchanging Asia’s Brightest Ideas!
-NIAGATIMES