Musim perayaan ini, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), melancarkan kempen ‘Labur Kasih Sayang’ berserta dengan tayangan filem perayaannya yang menyentuh hati.
Kempen ini berhasrat menggalakkan rakyat Malaysia untuk memulakan tabiat menyimpan sebagai satu tindakan kasih sayang dan tanggungjawab yang bermakna, memastikan masa depan yang lebih kukuh untuk diri mereka dan orang yang tersayang.
Filem raya berjudul Amanah Sulung, yang disiarkan di pelbagai platform media sosial ASNB, menyampaikan kisah menyentuh hati selari dengan semangat Hari Raya. Ia menekankan nilai kebijaksanaan dan perancangan awal, mengajak penonton memahami kepentingan perancangan kewangan serta kesan positifnya terhadap kehidupan mereka dan orang tersayang.
Menerusi naratif yang menyentuh emosi ini, ASNB mengukuhkan kepercayaannya bahawa setiap keputusan kewangan yang bijak, walaupun kecil, mampu membentuk masa depan yang lebih baik.
Filem ini adalah sebahagian daripada kempen Labur Kasih Sayang, yang meraikan nilai kasih sayang dan pengorbanan sebagai dorongan untuk melabur demi masa depan yang lebih cerah. Tema kempen ini diterjemahkan melalui pelbagai kisah dan inisiatif yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk melihat amalan menabung sebagai tanda kasih buat diri sendiri dan mereka yang bermakna.
“Hari Raya Aidilfitri adalah masa untuk kita menghargai insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Menerusi Amanah Sulung, kami ingin memberi penghormatan kepada detik-detik pemberian yang penuh makna, yang seringkali diupakan, tetapi memberi impak besar dalam kehidupan,” kata Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB.
“Di ASNB, kami percaya bahawa setiap langkah kecil dalam menabung boleh membawa kepada sesuatu yang lebih besar dan bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk insan yang kita sayangi.
“Sempena Hari Raya ini, kami mahu mengajak semua untuk memahami kepentingan menabung dan kestabilan yang boleh dicapai menerusinya, serta terus komited, bersama PNB, dalam mempromosikan literasi kewangan dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan dengan yakin,” ujarnya.
-NIAGATIMES