AT&S Malaysia rai pemasangan 10,000 cerucuk dalam tempoh 10 minggu

AT&S Malaysia meraikan kejayaan menyiapkan pemasangan 10,000 cerucuk bagi projek greenfield syarikat tersebut di Kulim Hi-Tech Park Phase 4, baru-baru ini.

Pencapaian tersebut adalah hasil kerjasama yang dijalankan oleh AT&S dan Exyte yang selaku sebagai Pengurus Projek tersebut.

Kerja pembinaan kilang pengeluaran AT&S Malaysia mula dilaksanakan pada November 2021. Sejumlah 15,600 cerucuk perlu disiapkan pemasangannya bagi asas kerja-kerja binaan untuk Fasa 1 yang terdiri daripada 2 bangunan kilang, satu bangunan pentadbiran dan 10 bangunan tambahan.

Kerja pemasangan 5,600 lagi cerucuk dijangka akan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi daripada 4 minggu. Perkembangan setakat ini adalah sebagaimana yang dirancang dan kerja pemasangan bumbung dijangka akan selesai menjelang September 2022.

Pencapaian tersebut diraikan di tapak binaan dan dihadiri oleh Eksekutif Utama AT&S Malaysia, Vittorio Villari; Pegawai Eksekutif dan Pengarah Teknikal Projek, Markus Sterba; serta Pengurus Projek bagi Exyte, Richard Wood.

Sebagai tanda kejayaan dan meraikan pencapaian ini, kren pembinaan memecahkan sebotol jus sparkling pada cerucuk.

Markus Sterba memuji sambil berkata, โ€œApa yang penting di sini ialah usaha berkumpulan. Semangat kepasukan yang kuat mendorong semua ahli untuk bekerja dengan begitu gigih, di mana mereka juga terpaksa menghadapi cabaran dalam mematuhi SOP Covid-19 yang ketat serta dalam mencapai sasaran kerja yang mencabar. Walau bagaimanapun, kami berjaya melakukannya! Kini, kami berharap dapat menyelesaikan kerja-kerja pemasangan cerucuk.โ€

-NIAGATIMES

Photo-ATS-Malaysia-Celebrates-Completion-of-10K-Piles-Within-10-Weeks-002-3.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.