Australia umum pakej rangsangan ekonomi

0
24

Australia telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kepada masyarakatnya bagi membendung kemelesetan akibat impak wabak koronavirus (Covid-19) yang bukan sahaja menyukarkan perniagaan malah juga menggugat pekerjaan.

Sehubungan itu, Reuters melaporkan bahawa peruntukan sebanyak A$17.6 bilion (RM48.4 bilion) telah disediakan pihak kerajaan Australia untuk merealisasikan hasrat menaikkan semula ekonomi negara berkenaan melalui agihan secara khusus kepada golongan tertentu.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam satu sidang media di Canberra berkata, antara inisiatif pakej rangsangan ekonomi itu adalah pemberian subsidi gaji kepada 120,000 pekerja menerusi bayaran tunai untuk penerima bantuan kebajikan secara sekali, serta menyalurkan pembiayaan sehingga A$25,000 (RM68,713) kepada perniagaan kecil.

“Ini adalah langkah komprehensif dan pelan yang dirancang dengan baik untuk menyokong ekonomi Australia dan sektor pekerjaan, selain perniagaan bagi menghadapi bulan-bulan akan datang yang sukar,” ujar beliau.

Tambah Morrison, lebih daripada enam juta penerima bantuan kebajikan, pesara dan penganggur turut akan menerima bayaran tunai sebanyak A$750 (RM2,061) secara sekali bermula 31 Mac ini.

Scott-Morrison.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.