Awas skim koperasi FBV, aktiviti bukan di bawah SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh terhadap perkhidmatan atau promosi melibatkan aktiviti pengumpulan deposit melalui Skim ‘Fellowship Business Venture’ (FBV) yang menawarkan pulangan tinggi setiap bulan.

SKM dalam kenyataan berkata, pihaknya mendapati Koperasi Samudra Malaysia Berhad telah melaksanakan skim tidak sah tersebut yang turut menyalahi akta dan peraturan koperasi.

“Skim ini juga menawarkan pinjaman kepada anggota koperasi di bawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

“Berdasarkan kepada semakan adalah didapati bahawa skim ini tidak mendapat kelulusan dari SKM di bawah seksyen 50(e) dan seksyen 52A Akta Koperasi 1993 di mana koperasi tidak dibenarkan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman tanpa kebenaran suruhanjaya,” katanya.

Jelas SKM, akta berkenaan juga melarang koperasi membayar dividen, keuntungan atau pulangan secara bulanan.

“Jika terdapat kemusykilan bolehlah menghubungi suruhanjaya melalui talian rasmi suruhanjaya iaitu 03-2083 4000 atau e-melkan kepada webmaster@skm.gov.my,” katanya.

-NIAGATIMES

Skim-koperasi-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.